Friday, February 10, 2012

kata orang, indah masa bercinta~

kata orang,
indah masa bercinta..
tapi kata aku, indah lagi lepas kawen..

masa blom kawen dulu, boipren aku (sekarang jadi asben dah) sikit romantik pun xda...
sekarang, ada perkembangan suda... pandai suda dengar lagu jiwang-jiwang..
kena lagi long-distance husband and wife.. pandai sedih suda bila dengar lagu jiwang..
pandai suda kaitkan kehidupan dengan lagu..

bila ku tanya kenapa, dia kata
"dulu lain, sekarang lain.. dulu setakat boipren gupren, sekarang suda jadi asben & wife.. rasa pun makin mendalam"
katanya laaa..
tapi aku memang hepi gila dengar asben aku cakap macam tu..
dulu aku jiwang sorang-sorang..
sekarang dia pandai balas jiwang suda.. hehe..
maklum la.. selalu berjauhan.. jumpa 2 minggu sekali pun susah.. gara-gara tuntutan tugas..

skarang sedang buat prosedur pertukaran untuk mengikut boipren aku ni..
harap-harap atasan approve aku punya permohonan..
dekat setahun suda jadi wife orang, tapi still macam orang bujang plak..
hidup jauh dari asben..

by the way, semoga kehidupan aku dan suami akan jadi lebih bermakna pada masa akan datang..

Amin ya rabbal alamin~

Friday, November 18, 2011

memang begini rasanya hati ini ..

wahai suami..
meminjam lagi kata2 DUNIA SEBELAH ZARA..


membenarkan kata-katanya sama seperti kata hati ini..
hubungan jarak jauh~

juga membenarkan, mengiyakan sketsa2 ini memang benar di dalam hati..




benar by... memang benar ini semua yang berlegar di hati isterimu~

rasa-rasa di hati ~

dalam perjalanan kita ini, memang terkadang macam-macam yang berlaku..

meminjam patah kata dari DUNIA SEBELAH ZARA yang sering berkongsi rasa bagaikan mengalami yang sama..


bertengkar bukan untuk berpisah


benar.. benar.. ini memang benar~

Thursday, October 20, 2011

warna warni rasa ini~






lagu-lagu yang sering mewarnai rasa rindu pada suamiku..
bila agaknya akan tiba masa untuk kami tidak perlu lagi berjauhan?
setiap hembusan nafasku sering saja diiringi kata-kata rindu pada suamiku..
apa dia juga merasakan yang sama seperti aku?

sayang janji akan tunggu hubby pulang...

Saturday, September 10, 2011

rasaku ini rasamu..

rindu rasanya..
rindu teramat pada suamiku yang tercinta..
rindu masa-masa yang diluangkan bersama..
rindu saat-saat yang dikongsi berdua..
rindu detik-detik yang sangat membuat aku bahagia..



rindu sangat rasanya.. hari-hari tengok kalender.. nda sabar rsa mau tunggu suamiku pulang..




rindu mau bermesra, rindu mau bermanja dengan suamiku tercinta..
satu-satunya cinta sejatiku, akan ku jaga sampai matiku..


cepat pulang sayang~

Saturday, September 3, 2011

selamat jalan suamiku..

03 september 2011, 2215 FY527 BKI-KUL

raya kelima, suamiku berangkat ke kl untuk meneruskan kursusnya..
sedih sangat rasanya.. belum hilang penat bersanding, terpaksa berjauhan lagi..
katanya, "sabarla sayang.. hubby pergi untuk masa depan kita. hubby janji akan bahagiakan sayang.."
sedih sangat.. terharu aku mendengar kata-katanya..


makasih hubby.. semoga kita sentiasa bahagia hendaknya..



sayang sayang hubby.. sayang tunggu hubby pulang.. lagi 2 bulan sayang~

adat berbeza~

aidilfitri pertamaku, giliran beraya di pihak suami memandangkan majlis sanding pihak lelaki akan diadakan waktu raya ini juga..

seronok rasanya melihat adat dan budaya yang lain dari kebiasaan kita..

aidilfitri di pihak suami, setiap keluarga mesti menghantar dulang ke masjid pada malam takbir dan juga pagi syawal..

malam takbir, hanya 1 dulang dihantar..


excited ku tengok budaya mereka.. malam takbir ni, adik ipar yang pergi menghantar dulang ini.. aku hanya memerhati..

pagi syawal pula, 2 dulang dihantar ke surau..




satu dibawa oleh iparku juga, dan satu lagi, aku! waaaaa.... excitednya melihat budaya mereka yang kini akan menjadi budayaku jua bila beraya di sini..


weiii.. berat tau dulang 2.. hahaha

sering orang bertanya, apakah meriah raya di sana? eya.. memang meriah..
sering juga orang bertanya, adakah budaya seperti ini pada waktu perayaan di tempatku? sejujurnya memang tiada..
malah sering juga orang bertanya, yang mana lebih meriah, di tempatku atau di tempat mereka ini? entah bagaimana hendakku jawab.. kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..

apapun aku tetap gembira di sana.. dapat beraya dengan suami tercinta..

selamat hari raya maaf zahir dan batin~