hari ini, aku terjaga dari tidur lebih awal dari kebiasaan. ada sesuatu yang membuatkan aku sedar betapa dalam rasa cinta yang aku galas, hanya buat suamiku..
aku mimpi. ya, aku bermimpi dan mimpi itu sangat mengejutkan aku..
dalam mimpi itu, aku melihat diriku mati. meninggal dalam kata lainnya. sangat memberi tamparan hebat bila melihat diri sendiri diuruskan oleh orang lain.. tetapi ada satu perkara yang sangat meninggalkan kesan untuk aku iaitu bila melihat suamiku bersedih di atas kematianku, dan aku merayu-rayu pada sang bonda untuk tolong menjaga suamiku.. malah aku merayu supaya mama dapat mencarikan seorang isteri yang baik, yang akan membahagiakan suamiku bila aku sudah tiada nanti. hanya mama dan suamiku yang dapat melihat aku di sekitar mereka. malah di hadapan mama juga aku menangis kerana merasa belum puas membahagiakan suamiku..
wahai suami, maafkan isterimu..
sayang sangat cintakan hubby, lebih dari yang hubby tau..
No comments:
Post a Comment